Sunday 29 September 2013

Teropong {O_O}

Hi there!

Update update update! Jangan jadi malas oh Mama. Hehehe..

Ok, jom Mama share pasal detail scan and supposed to be your 3d/4d scan awak hari ni 29092013. You are in 26th weeks baby. PapaMama memang plan to do the detail scan for you baby. The main purpose we all nak buat because we are too concern about you baby. Mama dah buat appointment kat Klinik Jameaton since hari Khamis lagi. Slot untuk Sabtu dah full jadi kita punya slot hari Ahad. Pagi td pagi-pagi lagi Papa and Mama dah bangun bersiap. As early as 9am we all dah terpacak depan klinik, Papa decide nak pegi breakfast dulu then. Lepas breakfast we all ke klinik dapat la turn no 3.

Berdebarnya hati Mama ni bukan main lagi anak.. Tak tau la kenapa.. memang excited sangat nak 'teropong' anak at the same time berdebar sebab this time detail scan. Lama jugak PapaMama dalam bilik dalam 20-30 mins. Kali ni bukan doctor Jameaton tapi dengan Sonographer Pn. Diyana, lembut dan baik orangnya.

As overall, syukur Alhamdulillah semuanya nampak ok dan sempurna. Masa scan, awak si budak bijak ni bukan main lagi. Apa yang Pn. Diyana nak check itu yang awak bawa nyorok..buat kata Puan,pandai awak main hide and seek. Pn. Diyana ukur awak punya ukur lilit kepala,tangan,kaki,cek jantung, muka dan lain lain lagi la.. Last but not least.....confirm kan awak punya gender! 100% awak ni HERO! *InsyaAllah*

For the next part, kononnya nak buat la 3d/4d scan nak tengok anak MamaPapa ni dengan lebih jelas. Tp awak si bijak ni tutup muka..haih la anak..! Jenuh la Pn.Diyana tu kacau awak pujuk awak.. Lagi sadis awak bukannya alihkan tangan..even awak pusingkan muka awak terus..hahaha..amek..padan muka kami semua. Tapi ada la kejap je anak pusing muka dapat la PapaMama tengok..mujur la Mama buat video untuk semua session. Ada la jugak kenangan. Sebab Pn.Diyana tak charge 3d/4d scan tu sebab anak x tunjuk muka sangat dan dia kata tgu la 28-30 weeks lagi cantik sebab dah ada fats nampak awak lagi sharp and comel.

So, nanti we all kena repeat la untuk 3d/4d scan nak tengok awak lagi. Oh Mama is frust. But xpe la boleh teropong awak lagi nanti.Whatever it is, PapaMama bersyukur ke hadrat ilahi atas kesempurnaan ini. Terima Kasih Allah.

We love you so much anak!

Ini collection semua pics scan yang dapat time detail scan. Banyak lagi dalam CD,
Detail scan report dan CD n printed pics. Lupa nak mention bayaran dikenakan RM100.
Ini sneak peak buat kata Papa. Baby bagi tengok sikit je muka dia. *ikut muka siapa awak ni ye anak?*











Last but not least...video yang Mama captured dari handphone

*
*
*
*
*

Monday 23 September 2013

Hello Bintulu!

Hi there!

Assalamualaikum ;)

Today Mama nak share pasal kita punya trip ke Bintulu, Sarawak. Actually trip ni follow Papa outstation dari 22 - 27 Sept.

Mama nak cerita sikit pasal experience naik flight semalam. No...this is not the first time Mama naik flight. Tp for the first time Mama kena tahan..hikhikhik..kompiden sangat!
Kesahnya macam ni, mula-mula sampai KLIA, Mama ni asyik la mention kat Papa ni last la naik flight time pregnant, mujur pas ni Papa outstation tempat yang tak payah pergi by air. Siap confident cakap kat Papa sebab kalau dah 7 months kena ada surat doktor kalau nak fly. *gitu kompidennya haku*

Time drop off beg..scan apa bagai setel xde la kena tahan ke apa kan. Until last point, dekat gate org MAS tahan.. "Maaf Puan, sudah berapa bulan ye?" Mama dalam hati "Eh,macam Mak Bedah plak kau ye nak tau".. Mama pon jawab la dengan muka sengih kompiden "Baru 6 bulan.." Pekerja MAS reply, "Ada bawa surat doktor tak sebab kami perlukan surat tu.."
Aiyooo..tak tau..tak ada..hahhaha.. Nasib baik ada borang khas untuk Mama isi..kalau tak..hm..ntah lah. Silap-silap kena tinggal kot.. Oh tidakkk! So lesson learnt, untuk expectant mother naik flight, 6 months above kena ada dah surat doctor.

So, after about 2+ hour flight kita pon sampai la ke destinasi Bintulu, Sarawak. By cab, terus menuju ke hotel kita New World Suites. Kerlass nak hotel ni..cantek! K la..nnt Mama update lagi ye.. Jom layan gambar sikit..

Ini lah borang khas yang kena ini as declaration


Thursday 19 September 2013

Tumpang Glamour

Assalamualaikum..

Hi there!

Semalam kita dua numpang glamour kat facebook Papa..hikhikhik.. Kira Papa share pic Mama yang ada babybump ni. Mama pon terkezzzut gak bila Papa bgtau yang dia nk upload kat facebook.

Pape pon, ramai jugak la yang like ye la sebab Papa ni jarang sangat upload pic kat fb. So, of course la bila pic yang tersirat macam tu diupload ramai la yang like dan tak kurang jugak say congrats and mendoakan yang baik baik untuk kita. InsyaAllah..


We love u soooo much, Papa!


Wednesday 18 September 2013

Ombak Perut

Hi there!

Assalamualaikum..


Pagi ni Mama managed to video captured anak Mama ni tengah ber'ombak rindu' dalam perut Mama. Mama excited sangat..seronok! Gerak la banyak-banyak lagi sayang.. Mama suka sangat tau! Tapi pagi ni sampai sekarang ni time Mama tengah blogkan ni pon awak tak berhenti moving/kicking kat dalam rahim Mama. Apa la agaknya projek awak ye dalam tu nak?




 




**Lots of prayers for this growing baby, InsyaAllah**

Tuesday 17 September 2013

6 Months Already!

Assalamualaikum!

Hari ni genap 6 bulan dah awak anak dalam rahim Mama. Maknanya dah masuk minggu ke 25. Kejap betul rasa masa berlalu.. Haihh la anak..Mama ni kejap rasa tak sabar tunggu awak..kejap Mama rasa macam nak awak lama-lama dalam rahim Mama. Pregnancy moments ni kan sangat precious dan berjalan dengan cepat sangat..

Sehari dua ni Mama tak tau la kenapa Mama kerap gak lenguh kaki. Maybe anak dah besar kan.. Malam kelmarin 2 kali Mama kena cramp kaki time tidur.. Papa bangun nak tolong Mama ;) *Thanks Papa*

Last weekend, Papa bawak kita jalan-jalan. Papa bawak pergi Gold Coast, Bagan Lalang. Kita sempat nak captured sunset, memang cantikkkkk sangat view tu..and of course Mama ambil kesempatan nak photoshoot. Actually kita pergi sana dengan family SP. Malam tu kita makan seafood kat Restoran H.M Terapung. *boleh la tahan makanannya..hm*. Tok Ayah belanja kita semua sebab birthday Uci.
Ok la..sini Mama share pics sepanjang 2-3 hari ni ye.. *untuk kenangan*

Patiently waiting for you baby..
Ini MamaPapa feelin feelin romantik gitewww!
L.O.V.E by Ayah Lang, Mama, Papa n Chu Eh







**Lots of prayers for this growing baby, InsyaAllah**

Saturday 14 September 2013

Yeayyy!

Assalamualaikum..

Holaaa!

Anak mama, hari ni Papa awak blk dari Bintulu. *Yeayy..joget-joget* Kita tgh tgu nak fetch Papa kat KLIA la ptg nanti.

Actually,ini paling lama Mama and Papa stay apart selama awak ada dalam oven Mama ni. Dari 9 Sept - 14 Sept. Tapi Mama balik rumah Tok Ayah Sg Petani. Baru semalam Mama balik rumah kita. Mama tau kalo Mama stay rumah kita mesti Mama sedih asyik teringat Papa..Mama ni kan over cengengnya.

By the way, minggu ni awak dah masuk minggu ke 24.. Sekejap je rasa awak dah makin membesar..dah nak masuk 6 bulan, anak. Update untuk minggu ni Mama rasa baby bump Mama memang makin obvious. Malam nak tidur pon kena cari position yang betul-betul ngam baru boleh lena. Baby kick awak makin kuat momentumnya sampai kadang-kadang Mama rasa nak wekwek. Selera makan mama still sama, tak kurang and tak lebih. Awak ni memang anak yang baik la,tak de bebankan Mama pape pon. *Sayang si bijak anak Mama ni!*





**Lots of prayers for this growing baby, InsyaAllah**
 

Monday 2 September 2013

Family Day Port Dickson 2013

Hello there!

Are you doing well anak? Mama nak update sikit pasal aktiviti kita last weekend. Last week quite hectic for us baby. Starting kita ke Kuala Sedili, Kota tinggi dengan family Pilah then, kita direct follow Papa outstation ke Johor Bahru dari Isnin ke Jumaat. Keesokkannya pulak kita ke Port Dickson untuk Family Day Mama's side. 

So, for this entry Mama nak cerita sikit pasal family day ni. Memula masa plan nk organize pasal family day ni Mama terpikir mesti Mama tak boleh nak join all the activities sbb Mama kan tengah bawak awak..hehehe. Even Uncle Aizad panggil Mama dengan gelaran 'MB' sekarang.. Mak Buyung!

Tapi anak..both of us can make it! kita still join most of the games..Cuma yang hardcore sikit tu Mama malas nak pulun..hehehe. Starting ngan boling kampung, kita spare anak! Hebat kan kita.. Rasanya kita the biggest contributer untuk group kita for the 1st place! Yihaaaa~~~

                                     Aksi Mama baling buah kelapa untuk boling kampung

Second game yang Mama join sambung2 tali rafia. Yang ni kita tak dapat placement pon..hihi. Orang soh sambung sebanyak 20 tali..Mama sambung sampai 20+ tali..over Mama tau! Untuk next morning aerobic session plak, untuk Poco-poco Mama jadi kepala...asal boleh je anak.. Pape pon, as overall both of us masih mampu nak join most of the activiities walau tak dapat join semua, but still participate..good job anak!

                         Ni time exchange present, Mama dapat hadiah dari Opah Uda awak

                      Ni pulak Papa awak beraksi 'Pak Maun' untuk aerobic session pagi tu ;P

Ok lah.. ni je la rumusan Mama for the whole Family Day Port Dickson 31 Ogos - 1 Sept 2013. Mama harap anak Mama kat dalam ni pon enjoy jugak walaupon mesti awak pon terkejut kenapa suddenly Mama awak ni aktif extravaganza plak sehari dua ni kan.. Ok sayang..  

Till then..bye!

**Lots of prayers for this growing baby, InsyaAllah**



Sunday 1 September 2013

First Video!

Assalamualaikum!

Entry kali ni agak backdated sebenarnya. Ini first ultrasound PapaMama dapat tengok awak moving. So, Dr.Jameaton bagi kami a copy of CD untuk kali ini punya ultrasound session.

Perasaan Mama masa first Doc dapat captured yang awak tengah tendang Mama, Mama rasa tergamam.. Ya Allah, tak dapat nak describe perasaan tu anak. Tapi masa ni awak kecil lagi baru 14 weeks macam tu. Sebab tu Mama tak dapat rasa apa-apa lagi dari luar.




Tak sabarnya nak tunggu Jan 2014!!


**Lots of prayers for this growing baby, InsyaAllah**