Thursday 26 December 2013

Posing posing sebelum meletopss!

Hi there!

Hari ni nak share collection sekeping dua tiga empat lima maternity photoshoot sendori bikin syok syok. Hehehe..

Kebetulan Papa tengah clearkan cuti minggu ni. So we all mengambil kesempatan ni untuk berphotoshoot. Lokasi yang dipilih Presint 11 Putrajaya. Pakai redah je..outfit pon tak beria sangat juat pakai apanyang selesa je. Props pon sama apa yang ada pakai rembat je.

Cantik jugak lokasi ni. Rasa rugi x explore awal, boleh jadikan port picnic..jogging.hehehe.. Tanpa membebel panjang lagi..layan kan je pics kenangan ketika mengandung kan my little hero..


Monday 23 December 2013

December!!

Assalamualaikum..
Lama nya Mama tak post anything kat blog kan. Ni semua gara-gara malas tak ingat punya. Akibatnya terpaksa la Mama buat rumusan je sepanjang Dec 2013
.
Bermula dengan 1st week of Dec, wedding Shafiq. Jadi Mama agak menyibukkan diri untuk contribute pape yg patut dengan membawa perut yang agak sarat dah waktu tu. Alhamdulillah anak Mama ni behave sangat dan kuat layan je Mama bz buat keje. Masa tu maybe perut nampak dah sarat sampai ramai yang predict seminggu je lagi baby akan keluar. Hehehe..sabar..sabar...

Next..untuk 2nd week of Dec pulak, Amy's eday. So berkumpul lah di Subang Alam ramai-ramai. Dan seperti dijangkakan ramai yang akan seriau melihat babybump yang semakin besaaar! Hehehe.. Opah siap cakap dah ke bawah sangat ni perut tu.. Haihh..lagi la saspen.. Saba2 lagi 3+ minggu lebih till edd ni..kataku dalam hati.

Untuk minggu ketiga bln dec, terjadi lah false alarm. Hehehe..Baby bikin gempak. Family Pilah ada kat sini nak shopping last for baby. So we all pon ke ioi Mall..banyak je mata-mata yang memerhatikan Mama mungkin they all berkata "Ish dia ni..x padan nak meletop dah..berjalan lagi!"

Lepas puas bershopping, balik rumah Mama nak mandi. Tetiba jatuh seketul discharge. Mama terkejut la sebab tak pernah jadi macam tu. Mak kata itu tanda dia suruh mandi dan ke hospital we go!
Masa tu family SP tak ada, ke Hatyai saja berjalan. Dengan mendapat call kata ada tanda tu family SP bergegas balik ke Malaysia. Kesah Mama di LR pulak midwife check CTG monitor contraction semua dalam sejam juga la dia kata takde pape semua nya mcm biasa nothing to worry. Maka balik la ke rumah. Tapi for your info,baby bagi warning dekat family SP utk blk ke Msia. Sebabnya esok kat border ada bombing. Syukur Alhamdulillah. Bijak anak Mama ni..

Then..tiba la minggu ke empat Dec 2013......

****to be continued****
With Ibu, Mak and Angah at Syafiq's reception
With Opah at Amy's E-day
With my beloved husband
Ini malam false alarm.. Nampak tak hidung kembang semangkuk?

Wednesday 4 December 2013

Little Hero Crib Part 1



Assalamualaikum and Hi there!

Kali ini nak update pasal preparation untuk bilik baby. Kejap je lagi ni, dah masuk 35 weeks. Mama baru tau rupanya fullterm 37 weeks anak dah boleh keluar at anytime. Maknanya lebih kurang 2 minggu je la lagi..hehehe. Awak pilih la anak, at anytime MamaPapa pon dah tak sabar.

Last weekend, PapaMama dengan semangatnya decide nak readykan billik untuk sayang Mama ni. Nak bagi semangat nak menyambut orang baru kt rumah PapaMama ni. Hari Sabtu tu PapaMama ke Ikea! Misi utama nak tengok wardrobe dan baby cot. Sampai je Ikea kami bermeatball dulu. Lepas tu baru meneruskan agenda dengan hati yang senang sebab perut dah kenyang. Hehehe..

First, kami decide wardrobe dulu. Banyak choice yang cantik-cantik. Mama punya kriteria nak yang bukan fokus untuk nak pakai masa baby je..nak yang boleh pakai even anak dah besar nanti. Fikir punya fikir punya fikir..lastly kami decided to buy yang ini.*seperti dalam gambar*. Plus Papa ada customize sikit bahagian untuk hang buat dua tingkat. Next, kami tengok baby cot, tapi macam kureng sikit la..bila campur campur balik baby cot+mattress+bedding set sama je harga lebih kurang dekat TwinsBaby. Padahal baby cot kualiti tak berapa ok sangat. So, set baby cot tak jadi la beli kat Ikea. Ada juga lah Mama grab a few baby's stuff. Lepas Ikea, Papa decide untuk terus settle beli baby cot dekat TwinsBaby. Actually PapaMama dah pernah survey kat situ saja nak bandingkan dengai Ikea. Lastly decided to go for Twinbaby punya babycot+mattress+bedding set.



Papa tengah pikir pikirkan wardrobe yang terbaik
 




Rampasan lain dari Ikea
Yang ini pulak dekat TwinsBaby. PapaMama decide belikan baby cot yang ini untuk awak!

Hari Ahad, Papa touch-up cat bilik, tp kami decide nak repaint white colour jugak. So furniture+deco+rug yang akan memainkan peranan nak naikkan seri bilik anak nanti. Petang Ahad tu, babycot sampai, tapi Ikea punya barang memang PapaMama mintak hantar hari ni. So, nanti boleh la tengok on going project Papa awak yang nak deco bilik awak ni... Weeee~

Papa bersemangat repaint bilik 
Weee~ Lori TwinsBaby sudah sampei!
Papa's on going project