Friday 31 January 2014

1 Month Jab!

Hi there!

Hari ni Papa bawak Izz pergi cucuk sebulan.. This time kita cucuk di Sungai Petani dulu. Anak Mama ni strong la..nangis kejap je masa kena cucuk. Mama yang tak sampai hati tengok Izz kena cucuk. Pape pon ini untuk kebaikan Izz kan.

Izz pon nampak selesa sangat dengan doctor tu. Pandai doctor tu handle Izz, pujuk Izz. Berat Izz pon dah cecah 4.1kg. Alhamdulillah anak Mama membesar dengan sihat.




Thursday 23 January 2014

That Moment

Assalamualaikum..

Agak lewat untuk Mama share kan labour experience. Dah nak dekat sebulan dah..tp better late than never kan. Mungkin penulisan ni pon dah tak se excited se gempak benda yang terjadi. Tapi Mama still nk write a post tentang ni so that Mama akan ingat detik detik itu..

Sekarang dah masuk minggu ke 4 Dec 2013. Memang debaran kian terasa la kan tak lama je lagi nak masuk 2014.

27.12.2013
Hari ini ikutkan memang ada weekly check up dengan KPJ. Almaklum lah..makin dekat ni makin kerap la kena jumpa Doc. Sekarang beg baby n beg Mama memang sentiasa je dalam kereta. Sebagai precaution kan.. Pagi tu macam biasa pergi lah KPJ. Pagi semalam ikut kan ada sikit bloodstain. Masa jumpa Doc Ras, Mama pon explain la kat dia pasal false alarm last week n bloodstain pagi semalam. So as a routine check Doc scan baby then yang lain sikit kali ni dia seluk..hm. Untuk cek bukaan, rupanya time tu dah bukak 2-3cm. Tak la besar sangat kan. Then dia refer Mama ke LR untuk cek CTG n contraction..bedebar gile wehhh..hehehe..

Selesai cek semua kat LR, Doc Ras kata Mama kena admit sbb dah ada contraction..tp Mama tak rasa sangat lagi. Jadi bermula lah episod that moment. Mula-mula Mama maintain je lagi boleh tersenyum tergelak sembang posing posing ngan Papa. Dalam hati tuhan je la yang tau. Lbh kurang pukul 3pm macam tu Doc dtg dan pecah kan air ketuban. Lepas tu Mama dah start rasa contraction yang kerap dan kuat.
Nak jadikan cerita dalam pukul berapa tak sure nurse cek temperature Mama demam pulak. So they advised Mama to take epidural. To lessen the pain so that anak tak stress kat dalam tu and Mama tak bertambah demam. Dengan kehadiran epidural maka kembali tersenyum lah Mama. Hehe..

28.12.2013
Jam menunjukkan pukul 1am. Bukaan dah hampir penuh. Jadi nurse kurang kan dose epidural supaya Mama ada rasa sakit dan akan push sekuat nya. Mama cuba sedaya upaya push sekuat yang mungkin, tapi mungkin takdir sudah menentukan anak Mama bukan keluar secara normal tapi csection. Doc Ras dah cuba vacuum tp kita still x berjaya. So, Doc decided untuk emergency csection.
Tepat jam 3.26am lahirlah permata hati Papa n Mama. Even Mama dalam kesakitan di operation room Mama tak nak lepas kan peluang untuk skin to skin dengan awak anak. Selesai bab anak, Mama still dalam OT. Meneruskan perjuangan. Disebabkan Mama demam masa tengah berjuang, so anak on antibiotic for 5days as precaution. Apa saja janji anak Mama sihat senpurna.

Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah atas kurnian yang tak terhingga ini. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjaga amanah dari Mu ini.


Muhammad Izz Danial bin Mohd Shuib
28 Disember 2013
3.26 am
KPJ Kajang



Our very first family picture