Lilypie - Pregnancy

Saturday, 21 June 2014

First Family Getaway <3

Assalamualaikum.

Hi there!!

Holiday! Yihaaa... Hehehe.. Ni first family holiday kita 3 beranak. Cameron Highland la destinasi kita bercuti.

Seronok bawak Izz jalan-jalan tak banyak karenah. Mama book hotel via booking.com manage to get a room at Planters Hotel Tanah Rata. Bilik kita premium. Hotel ni even kat tengah town kat bangunan shoplot tp once dah masuk dalam bilik dia..wahhh cantik sangat! Izz nampak happy sangat pegi tempat baru.
Kita sampai kat atas around 3pm..sampai terus target nak ke Smokehouse untuk teatime kat situ. Makan scone mmg lazzzzzet! Pas da makan..snap snap snap

Trus shoot ke hotel da pukul 5pm by that time. Checked in and rest dulu..Malam baru kita keluar cari makan memula plan nak makan steamboat tp tak jadi pulak. Makan kat foodcourt depan hotel terbaek tomyam abang tu..layan je sejuk2 ni kan.. Pas makan ke Starbuck kita lepak-lepak.

Esoknya kita checked out around 10am..terus ke Scorner misi mencari ice cream strawberry.. 20 batang kita borong bawak balik.hahaha.. Dari situ kita ke Lavendar Garden. Cantik sangat tempat tu. Per entry RM5 for adult. Rasanya banyak masa habis kat situ..banyak snap pic too! Last pitstop kita Cameron Valley Bharat Plantation. Jangan tidak nak jugak minum teh kan..nak jugak snap pic kt ladang teh kan..kat sini MamaPapa order Teh Tarik Float + mushroom soup with garlic bread. Best gak teh tarik float ni. Lepas tu kita pon meneruskan perjalanan turun balik ke KL. Even 2D1N je kita punya vacation this time tapi each and every moments kat sana sangat precious. Sebab ada Muhammad Izz Danial!!




Thursday, 12 June 2014

1..2..3..4..Open!!

Holaaa!!

Today's entry Mama wants to share about Muhammad Izz Danial first ever experience going to Hippopo Baby Spa & Wellness.

PapaMama bawak Izz pegi during weekdays after sending family SP to airport for their europe tour. Rate untuk weekdays murah dari weekend n..less customer. Tempat yang kita pegi ni branch yang baru bukak kat Setia Walk Mall.

Nama phisio yang handle Izz, Sis Fuzah. Friendly sangat! We all decided to take private pool untuk Izz mengenangkan pool yang comel tu sis fuzah kata Izz da tggi jadi sampai kaki ke bawah. Yang ada 2 pilihan samada pool yg besar share ngan seorang lagi baby or private pool dalam private room (of course la extra charges). Fikir-fikir bukan selalu pon dapat pergi ni Papa pon decide that private room.

Memula sampai Sis Fuzah kasi warm up Izz dulu..Izz relax aje..xde nanges pon. Even masa dah masukkan Izz dalam pool Izz x nangis cuma muka cuak la.. Better than ada baby chinese tu nangissss je. Good job Izz Danial! Session dalam pool tu about 20-30 mins. After swim, Sis Fuzah kasi massage..Izz layannnn..hehehe.

Just tak sempat habis session ni Izz da cranky sebab ngantok..Mama bagi susu dan Izz pon zzzzzz..
As overall, Izz really enjoy this activity. InsyaAllah ada masa lagi lain kali PapaMama bawak awak lagi ye anak..




Tuesday, 10 June 2014

Nyum..nyum

Salam..

Hari ni umur Izz belum lagi 6 months. Tapi Izz dah tunjukkan banyak signal that you are ready for food. Tambah-tambah plak Mama dah dapat greenlight from your Paed. Lagi la berkobar Mama nak prepare kan Izz untuk makan.

So...the first food yang masuk dalam mulut-perut Muhammad Izz Danial.. Puree apple! Memang tak syak lagi awak memang dah ready for food. Pandai je Izz makan.. Habis la 1 mangkuk tu Izz makan.
First time bagi Izz makan mama ketaqqqq..hahaha. Macam macam Mama fikir takut awak tercekik la..takut perut awak tak boleh accept la. Dan yang paling terasa sebab oh my! My ds getting bigger n bigger..da start makan!

Maybe Mama takde la serajin para ibu yang lain yang sangat rajin dalam penyediaan stok puree. Tapi Mama will do d best for you sayang. At the same time Mama nak make sure awak flexible orangnya. Mama takde la say no to instant baby food..tp kalau kat umah Mama nak prepare your food.

Monday, 9 June 2014

First teeth

Salam!

Holaaaa...
Nampaknya mama kecundang lagi kali ni dengan membiarkan blog xde pape entry untuk almost 2 bln bulan. Haih la mama..apo kono malas bonar ni..!! Sori sori..sbb kan da terlepas mama pon xdapat recall any special event pasal Izz Danial kita skip je la ye..

Nampak x nampak x entry title tu?
Ye..anak manja MamaPapa ni dah ada gigi! Hehehe..cepat juga awak tumbuh gigi anak..
Memang da lama kitorang perasan Izz gatal gusi asyik nak gigit semua benda, air liur meleleh..tp pk mesti around 7-8 month baru keluar gigi.

Tetiba.....pagi ni Mama tengah sebok berselfie dengan Izz tp Mama geram sbb Izz bolayan Mama..asyik sebok gigit tangan awak. Mama pon terus baring kam Izz dan saja la raba gusi Izz..ada rasa keras..bila tengok nampak la dah gigi dia yang dah keluar dari gusi..hehehe.. Comel!!

Maknanya Muhammad Izz Danial ada gigi start umur 5 months!! Pas ni merasa la Mama kena ngapngap time DF.

We love you sayang!

Sunday, 30 March 2014

Baby Izz First Ride

Assalamualaikum!

Pergh..berabuk blog ni Mama oi! Hahaha..sori la ye. Bulan ni Mama still adjusting myself hidup sendiri kat rumah sendiri jaga Izz sendiri dengan Papa. Alhamdulillah, Izz makin hari makin easy to handle. Jadi PapaMama pon makin hari makin belajar macamana nak membesarkan Izz sebaiknya. Mama nak try untuk rajin balik berblog pasal Izz..untuk kenangan kita bersama 1 day. **wait n see betul ke Mama ni...**

For your 1st ride MamaPapa dah decide to go for BabyZen Yoyo 2014. Semangat lebih Mama nak pakai ni..hahaha. Alkisahnya... Mama dah start aim for this stroller since feb. After discussed ngan Papa so Papa bersetuju la sbbnya agak susah sikit sebab kena ordee online. Babyzen yoyo ni tak masuk malaysia lagi.
Mama pon gigih la bergoogle sambil pumping sambil ber'warmpad' dalam pantang lagi la katakan time tu. Jumpa la satu instaseller ni dan Mama macam confident je dengan dia jadi Mama pon preorder la dengan deposit dah letak..ETA around early March. Just nice la kan memikirkan bulan Mac ni Izz da start ada event kena attend.

Tunggu punya tunggu punya tunggu still takde pape news. Jangan salah faham, instaseller tu takde pon masalah. Memang stok sampai lambat ke Msia. Semua yg preorder batch Mama sangkut. Sampai la ke hujung bulan 3..Mama dah giveup sebab terasa sangat susah takde stroller. Izz dah 2x rent stroller kt mall - Alamanda dan Paradigm. Next month kita akan holiday ke Melaka..ssh la kalau xde stroller.

Mujur instaseller tu faham kesulitan n urgentnya kita. Dia bagi la kalo nak refund. 1 Msia mmg takde readystock babyzen Yoyo.Mama is sad. Sebab tinggal harapan la Mama nak berYoyo. So, next Mama opt for nuna pepp or quinny zapp 2.0. Skali nuna pepp x berapa berkenan la pulak..so last resort mmg la quinny zapp 2.0.

Tapi kalau dah dinamakan jodoh *gitu ayat*.. Mama share dgn aunty nyah about babyzen yoyo..suddenly dia kata dia ada follow sorang ni jual readystock Yoyo. Apa lagi Mama excited trus..walau yang tinggal hanya black color..Mama terus confirm nak n deal COD. Next entry boleh la review pasal stroller ni. Sekarang tak tau lagi sebab tak test lagi.
.
Yeayyyyy!!
Nampak tak nampak tak siapa yang lebih lebih sekarang ni..hehe

COD di Paparich. Instaseller (faradiary) ni baik, lawa plak tu. 
Papa tengah assemble Izz's new ride
Mama pon nak juga..boh canopy je pon
Tuan Kecik testing dalam rumah je dulu

Monday, 10 March 2014

Aqiqah dan Majlis Cukur Jambul

Assalamualaikum!

Hi there..

Lamanya..berkurunnya lahai tak update pape kat blog ni ye. Rasa macam busy sangat la since ada baby Izz ni. Padahal ada je masa tapi tahap kemalasan yang tiada tolok bandingan nya..hehehe.

So this entry Mama nk share about Kenduri Aqiqah dan Majlis Cukur Jambul Muhammad Izz Danial bin Mohd Shuib yang kebetulan diadakan masa birthday Mama 1 March 2014.
Sepanjang kenduri tu berlangsung anak Mama sangat behave. Izz Danial dah 2 bulan masa tu. MamaPapa suspend je kan..sbb salah satu acara ada marhaban dan naik buai. Buatnya Izz cranky time tu habis la. Tp syukur Alhamdulillah, Izz ok je sepanjang majlis. Izz juga telah ditahnik dan juga dicukur jambul oleh kumpulan marhaban dari Masjid Taman Ria, PapaMama, family Sp n Pilah pon merasa. Dan yang buat Mama paling tersentuh hati bila Izz dicukur jambul oleh wakil dari anak-anak yatim yang kami jemput. Rasa sayu hati Mama sangat.

Syukur Alhamdulillah maka selesailah satu tanggungjawab Papa terhadap anaknya..2 ekor kambing selamat di aqiqahkan. Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah.





Friday, 31 January 2014

1 Month Jab!

Hi there!

Hari ni Papa bawak Izz pergi cucuk sebulan.. This time kita cucuk di Sungai Petani dulu. Anak Mama ni strong la..nangis kejap je masa kena cucuk. Mama yang tak sampai hati tengok Izz kena cucuk. Pape pon ini untuk kebaikan Izz kan.

Izz pon nampak selesa sangat dengan doctor tu. Pandai doctor tu handle Izz, pujuk Izz. Berat Izz pon dah cecah 4.1kg. Alhamdulillah anak Mama membesar dengan sihat.