Thursday 31 October 2013

100% Confirmed!



Hi there!

Hari ini kita ada 3d/4d scan appoinment yang Mama booked online. Saja nak try tempat lain before this selalu nya buat kat Klinik Jameaton.

Mama saja surf internet dan terjumpa satu blog ni regarding 3d/4d scan Malaysia. Tengok-tengok dia ada buat dekat Poliklinik An-Nisa dekat je dengan rumah kita. Pulak tuh sonographer dia,Miss Jezzlynn dapat banyak gak good review from bloggers. So,setelah bincang ngan Papa, Mama pon buat la online booking on the 31st Oct 2013, 8.00pm. Seminggu sebelum tu Mama booked for our session.

Tiba lah hari yang dinanti-nantikan..hehehe.. PapaMama dah smp kt klinik around 7.40pm macam tu. Dalam pukul 8.10pm nama Mama dipanggil. Comel je Ms J tu..then start la scan. Anak punya position sebelah kanan Mama, Ms J mintak Mama mengiring ke kiri sikit. Size anak Mama ni terlebih 2 minggu..aiyoyooo!! Berat awak je dah 1.9kg. Hm.

First thing yang anak bagi tunjuk clear se clear clearnya is your bebird!! So, it's confirmed lah yang awak ni lil' hero.. ;)

 
Taraaaa..tanpa segan silunya dia mempamerkan!






Mula-mula awak asyik tutup je muka awak dengan tangan, Ms J pujuk banyak kali pon awak buat derkkk.. Skali Mama try pujuk Mama cakap sekali terus awak alih tangan..baiknya anak Mama..bijaknya dia dengar cakap Mama. I love you soooo much dear!

Selesai semua nya, kami dapat printed 4d sekeping dan CD yang ada banyak gambar n beberapa video. Overall, PapaMama agak berpuas hati lah dengan kualiti gambar nampak clear muka our lil' hero. Ms J pon friendly dan lemah lembut orangnya.

Masa awal-awal cover muka yang mahal tu
Yeayy! My lil' hero tunjuk full face. Kacaknya anak PapaMama ni ye,,

Wednesday 30 October 2013

10 Weeks to go!!

Helo!

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah nak masuk minggu ke 31 dah anak dalam rahim Mama. Dah setel 30 minggu maknanya lagi 10 minggu je lebih kurang anak Mama ni nak keluar ke dunia ni. Anak Mama ini makin lama makin aktif. Mama suka sangat main ngan anak sebab anak kadang-kadang macam faham je bila Mama panggil belai-belai anak macam bagi respon..berombak perut Mama dibuatnya.

Mama sekarang masih kuat dan steady je lagi jalan walaupon perut Mama makin membesar. Cuma part nak tidur malam and nak bangun dari posisi duduk or baring nak bangun berjalan macam ada sakit sket la. Tapi boleh je tahan lagi. Hari Isnin yang lepas kita pergi check up kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan kali ni Mama kena cucuk kancing gigi for the second time dan juga kena minum air gula. Sebenarnya air gula tu Mama minum bukan sbb ada keturunan kencing manis ke or berat berlebihan. Tapi sebagai precautious untuk ibu ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas. Dapat lah Mama pengalaman minum air gula..haiyya! Not bad..just bayangkan kena minum segelas air gula pekat 1 mug. Mama ingat selama ini teruk sangat la kan.. before and after 2 hours minum kena amek darah, result tahu 2 weeks lagi. Harap semuanya ok.. Amin.

Another thing, setelah 30 weeks of pregnancy ni Mama dah berjaya menaikkan berat sebanyak 10 KG! Apa??! 10 KG? Hm... Xpe Mama is sangat the pasrah one. Harap post pregnancy Mama berjaya turun ke berat pre pregnancy or lagi cun kalau dapat turun tahap awal kahwin. Gituuuuuu...harapan setinggi gunung Everest!

By the way esok kita ada date anak dengan Ms Jezzlyn pakar sonogram untuk scan 3d/4d. Tak sabar nak teropong anak PapaMama! Janji bagi PapaMama tengok awak ye anak... O_O


Ini adalah antara Apps phone fav Mama
Mama at 30 weeks of pregnancy 1
Mama at 30 weeks of pregnancy 2
Mama at 30 weeks of pregnancy 3

Saturday 26 October 2013

Shopping!

Assalamualaikum..

Hari ni Papa bawak Mama pergi baby expo kat SACC. Tak de lah niat nak borong pon. Saja cuci-cuci mata..bukakan minda pasal baby stuff kan. Jalan punya jalan punya jalan..erm macam xde apa sangat yang best. Even, personally Mama rasa yang baby expo kt PWTC hari tu lagu best.

Tapi..tapi tapi..jangan tidak tak mau pulang dengan tangan kosong Mama da grab a few things. Baju dan your socks anak. Papa yang beli kan..yeayyy!! *Thank you Papa!*. Ermmmm..tapi tetiba Mama rasa baju and socks tu agak besar untuk anak. Xpe,nanti boleh jugak pakai kan..

Alang-alang dah ke Shah Alam tu, PapaMama pergi la ke PKNS sekali beli surah Yasin dan beg nak letaknya untuk kenduri doa selamat untuk Anak dan Mama pada 9 Nov di Kuala Pilah. InsyaAllah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang.


Inilah hasil tangkapan PapaMama yang first untuk awak nak ;)

Wednesday 23 October 2013

Melaka Bandar Bersejarah

Haloooo...
Assalamualaikum!

Kali ni bersiaran dari Melaka pulak kita ye.. Seperti biasa kita follow Papa je buat kerja. Kali ni Papa audit kat Estate Bukit Asahan,Melaka. Kita stay kat Hatten Hotel. Best hotel ni. Sebenarnya dah lama I perati je hotel ni..hehe..rezeki kita anak dapat stay sini even kali ni tak sampai seminggu cuma 3D2N.

Hotel ni terletak berdepan dengan Dataran Pahlawan & ada skybridge link antara hotel dan dataran pahlawan mall. Convenient sangat, tempat makan pon senang. Sementara tunggu pukul 3 pm untuk check in Mama decide nak tengok movie sbb Mama tak larat nak jalan2. Asal boleh je kan tengok movie sensorang. Hehehe.. Sape kata sorang??anak Mama ada je teman..my lil' hero. Orang kat kaunter tiket tegur.."Comelnya perut..." **itu baru luar dik..org kat dalam tu macho kot** hehee.. InsyaAllah.

Anak sekarang memang tak dapat nak disangkalkan lagi begitu aktif tahap kaw kaw! **Baru la tough Mama!** Semalam Mama tak dapat tidur anak asyik buat ombak je.. Sekarang ni pon sama. Hehee..jadi ahli sukan ke ni?? Pape pon PapaMama doakan yang terbaik untukmu sayang. My lil' hero in his 30weeks dah sekarang. Love you anak!

Thursday 17 October 2013

Hello Third Trimester!

Assalamualaikum!

Hi there ;)

Hello third trimester! What??! In less than 12 weeks my sugarpie will be pop out? Oh my oh my.. Hehehe.. Perasaan yang rojak. Kejap Mama tak sabar nak tunggu awak keluar..kejap Mama rasa tak puas awak kt dalam ni. Sekarang ni my sugarpie ni dah la makin bijak, dah pandai bagi respon kalau MamaPapa cakap dengan dia. Oh bijak nya awak ye anak..! We love you so much sayang..

Dah masuk 3rd trimester which is the last trimester in pregnancy ni, Mama dah start sakit sakit badan, nak cari posisi tidur yang selesa susah, macam malam tadi tiba-tiba sakit kepala pusing. Xpe xpe..apa saja demimu anak..Mama akan sedaya upaya handle semua ni.

Untuk shopping barang baby, PapaMama tak start apa lagi. Hehehe. Tak tau nak mulakan macamana dan dari mana. Adakah patut untuk start beli sekarang? Ke masih lagi awal?tp kalau di kira-kira lagi 11 weeks. Minus 3 minggu terakhir kalau dah tak berapa rancak nak bershopping lebih kurang 8 weeks je la lagi nak shopping. Hmmmmmmm...... "Papaaa..ooo..papaaaa..jom!"

Ok lah..minggu ni minggu Hari Raya Aidiladha. Boleh la Mama share pic raya satu..kira pic 28 weeks la kan..hehehe.

Ok till then.. Bye!
Papa and Mama posing raya.

Thursday 10 October 2013

Papa si Cotton Candy

Heloooo!

Assalamualaikum semua..

Hari ni usia anak dah 27weeks 3days. Dah kiranya masuk minggu ke 28weeks. Mama nak share, 2-3 hari ni Mama tak sihat tapi tak teruk pon cuma blocked nose je..

Semalam pegi klinik cek rupanya ada demam sekali. Tapi x tinggi pon. Mujur lagi..kalau tak mesti Papa marah sebab last week the whole week Papa demam teruk. Papa tak kasi Mama dekat dengan dia tapi Mama is degil. Hahahaha..

Erm...nampak tak title post kita hari ni..hehehe.. Awak nak tau, dalam diam Papa ni sweet kaw kaw tahap diabetes. Sangat comel Papa post kat facebook puisi short, simple, sweet but really meaningfull about you anak. *mujur ada mention Mama jugak*

Pape pon Mama tetiba rasa macam cepat sangat pulak nasa berlalu dah tinggal less than 90days je lagi Mama nak kendong anak Mama dalam rahim Mama ni. Kekecelaruan perasaan. Kejap rasa tak sabar nak jumpa awak..kejap rasa nak awak sentiasa ada dengan Mama dalam rahim Mama 24/7 dengan Mama. Hehehehe..

Anyway, Mama and Papa doakan yang terbaik untukmu sayang. We will always love you no matter what.