Monday 25 November 2013

Parentcraft Class






Assalamualaikum..

Hi there!

This time Mama nak share about our experience attending Parentcraft Class as preparation nak jadi parents kan, Biasa lah first baby masih blur dan tak banyak info keibubapaan dan juga idea pasal labour experience.
So, Mama and Papa decided to attend this class on 24th Nov 2014, lil baby 33 weeks 4 days at KPJ Specialist Kajang.

Ini adalah tentatif Parentcraft Class



Memang seronok join class ni macam-macam information kita boleh dapat. Memang lah kita boleh google, tapi bila dapat direct info dan direct tips ni rasa lebih meaningful. Paling fun masa exercises tu lah kan. Ye la sebab praktikal so of course la mengantok semua hilang. Tapi x mengantok pon sebenarnya sebab semangat nak dapat ilmu baru *padahal duduk barisan depan dekat ngan speaker oi*

By the way, KPJ Kajang is encouraging Mommies to fully breastfeed their babies. So they keep on reminding us about that. They also share about tips about milk booster. Malas nak salin, kita snap pic je. Jom kita praktik kan mana yang boleh. Mama memang berniat dalam hati nak breastfeed anak sampai 2 tahun, Semoga Allah memurahkan rezeki kita bab tu ye anak.

Tips & recipes dari pelbagai kaum di Malaysia. Boleh lah amalkan mana yang sesuai.





Masa session bersama Phisio, dia ada ajar juga teknik-teknik pernafasan yang betul sewaktu proses bersalin yang mana Mama rasa penting sangat. Dan juga beberapa exercise yang boleh diamalkan semasa pregnant dan  post pregnancy.

Mama-to-be in action. Semangat ini yang kita mau! ;P






Lastly, Sister Jusliana ada bawa semua parents-to-be untuk ward tour kat sini. Sister tunjukkan labour room yang akan digunakan sewaktu nak bersalin nanti. Gambar kat bawah adalah antara labour room yang sempat Mama snap. Cantik. Ye, memang sangat cantik dan cute. ada pelbagai theme. Kita boleh lah pilih nanti kita nak yang mana ikut availability. Mama suka yang kaler hijau tu..harap ada lah rezeki kita nak dapat bilik tu nanti ye anak.. Untuk ward pulak, pon cantik tapi Mama snap pic single room saja la pulak.


Labour room 

Ini single room. After selesai proses labour para ibu akan ditempatkan dalam wad masing-masing.  

Overall I think the class was conducted well.. InsyaAllah, kalau takde aral melintang,  MamaPapa decided untuk memilih KPJ Kajang untuk bersalin nanti. Banyak pros nya memilih KPJ Kajang, antaranya dekat dengan rumah about 21 km, no toll and kemungkinan nak jumpa jem tu kurang la. Kalo dari segi tak best nya maybe kalo peak time parking susah sikit dekat sini. Tapi setakat ni PapaMama dapat je parking.

Dapat goodies bag!

Wednesday 20 November 2013

My daily supplement

Assalamualaikum!

Sepanjang pregnancy ni, Mama ada amek a few suppliment la untuk memastikan keadaan anak baik baik sahaja. Siapa tak nak kan badan sihat, cergas dan bertenaga sepanjang pregnancy. Di tambah pulak kalau ada benefitnya terhadap anak dalam kandungan.

Firstly, before pregnant dulu sebulan dua before that Mama consumed multivitamin dari Similac. Dia dah siap ada asid folic dalam tu. Then, bila dah confirm pregnant, still continue vitamin tu. Sampai pergi check up dikatakan HB rendah maka tambah lah Obimin dalam list supplimentku. Habis je multivitamin tu Mama pon discontinue.

Masuk second trimester, Mama start consumed Ostematrix, Omegaguard dan ESP produk dari Shaklee. Alhamdulillah Mama tak de masalah dalam nak makan ubat nak minum esp ok je. Dan latest one Mama tambah Sustained release Vita C. Cuma Mama tak amalkan susu untuk ibu mengandung. Rasanya cukup kot supplements ni kan..

Mama juga ada consult with my shaklee agent cum aunty Scha, it is recommended to stop taking OmegaGuard tu dekat hujung-hujung pregnancy ni. Sebab salah satu fungsi dia untuk mencairkan darah takut nanti time bersalin darah tumpah pulak. So, Mama plan to stop by 36th week.
So,ini lah sedikit sebanyak suppliment yang Mama makan masa pregnant kan awak sayang. Harap awak pon dapat kebaikan dari my suppliment intake ni. InsyaAllah.

Mama always want to do the best for you my cutie pie!





Thursday 14 November 2013

Angin bayu..membawa diriku..

Hola!!
Kali ni kita outstation lagi..ngekor Papa. Erm..maybe our last trip before Mama kena kuarantin x boleh keluar dr KL. *x best!*

This time kita follow Papa ke Port Dickson, rezeki kita kali ni dapat hotel betul betul tepi laut..nyaman gitu..Mama kan suka laut.. Hari-hari dengar bunyi ombak.. *oh..i like!*

Papa dapat hotel Bayu Beach Resort. Not so bad but tak lah sepower hotel time kat Melaka. Kebetulan Tok Ayah, Uci n Pak Lang ada kt KL so PapaMama invite them to join us. Elok pulak biliknya besar and katil ada 1 queen n 1 single. So, untuk day 1 beramai la kita di sini.

Masa day 1 tu merasa la Mama pergi pantai..turun ngan Pak Lang. Tapi Mama tak mandi pon..macam malas even nak je sebenarnya. Pape pon puas hati la jugak sbb still dapat main tepi pantai. Pantai Port Dickson pon sekarang cantik..jernih je air laut nya.

Anyway, thanks Papa bawak we all! Yang berholidaynya orang lain..orang yang bawa ke sini kena kerja and tak dapat pon nak enjoy each time pergi outstation. Rezeki Mama la kalau mcm tu..hihi..

View dalam bilik Bayu Beach Resort
Ni pulak dekat Grand Lexis bersama Tok Ayah dan Uci
Mama at 32 weeks of pregnancy 
View dari balcony bilik kita
Managed to capture sunset from our balcony. Nice view.
Papa tengah checked out

Saturday 9 November 2013

Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum..

Entry kali ni Mama nak share pasal kenduri doa selamat untuk kita anak. Untuk kenduri doa selamat kita, PapaMama dah decide untuk diadakan di rumah Atok dan Uwan kat Kuala Pilah pada tarikh hari ni.

Segala perancangan telah dirancang dengan baik. MamaPapa ditugaskan untuk sediakan surah yassin untuk para tetamu, jumlah tetamu semua dah decide. Atok n Uwan dah ngajak orang surau, booking caterer n canopy. Kita wat simple simple je anak..janji apa yang dihajati tu tercapai.

Kita hanya merancang Allah SWT yg menentukan segalanya, pada hari kenduri Uwan tak dapat nak join kita sebab Uwan kena tahan wad, kes denggi. Uwan warded since khamis lagi. Jadi nak tak nak kenduri tetap diteruskan..huhuhu. Syukur Alhamdulillah semuanya under control walaupon Uwan xde kat rumah.

Anyway, plus minus lebih kurang 8 minggu je lagi kita ni..hehehe.. Pas ni anak dah pop out! Tak lama dah ni sebenarnya..


Sehari sebelum hari kenduri. Papa, Mama n Atok buat preparation dekat rumah. Time ni Mak Ngah tgh jaga Uwan kt hospital
Family dari Sg Petani pon datang. Thanks Tok Ayah dan Uci.
Gambar Papa n Mama dengan Mak Ngah. Pak Su xde time kenduri teman Uwan kat hospital
Last but not least, of course la PapaMama yang over the vasss...!





 
Alhamdulillah selesai semuanya.. Semoga urusan kita berdua nanti dipermudahkanNya.

Till then, see ya! xoxo~