Wednesday 30 October 2013

10 Weeks to go!!

Helo!

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah nak masuk minggu ke 31 dah anak dalam rahim Mama. Dah setel 30 minggu maknanya lagi 10 minggu je lebih kurang anak Mama ni nak keluar ke dunia ni. Anak Mama ini makin lama makin aktif. Mama suka sangat main ngan anak sebab anak kadang-kadang macam faham je bila Mama panggil belai-belai anak macam bagi respon..berombak perut Mama dibuatnya.

Mama sekarang masih kuat dan steady je lagi jalan walaupon perut Mama makin membesar. Cuma part nak tidur malam and nak bangun dari posisi duduk or baring nak bangun berjalan macam ada sakit sket la. Tapi boleh je tahan lagi. Hari Isnin yang lepas kita pergi check up kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan kali ni Mama kena cucuk kancing gigi for the second time dan juga kena minum air gula. Sebenarnya air gula tu Mama minum bukan sbb ada keturunan kencing manis ke or berat berlebihan. Tapi sebagai precautious untuk ibu ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas. Dapat lah Mama pengalaman minum air gula..haiyya! Not bad..just bayangkan kena minum segelas air gula pekat 1 mug. Mama ingat selama ini teruk sangat la kan.. before and after 2 hours minum kena amek darah, result tahu 2 weeks lagi. Harap semuanya ok.. Amin.

Another thing, setelah 30 weeks of pregnancy ni Mama dah berjaya menaikkan berat sebanyak 10 KG! Apa??! 10 KG? Hm... Xpe Mama is sangat the pasrah one. Harap post pregnancy Mama berjaya turun ke berat pre pregnancy or lagi cun kalau dapat turun tahap awal kahwin. Gituuuuuu...harapan setinggi gunung Everest!

By the way esok kita ada date anak dengan Ms Jezzlyn pakar sonogram untuk scan 3d/4d. Tak sabar nak teropong anak PapaMama! Janji bagi PapaMama tengok awak ye anak... O_O


Ini adalah antara Apps phone fav Mama
Mama at 30 weeks of pregnancy 1
Mama at 30 weeks of pregnancy 2
Mama at 30 weeks of pregnancy 3

No comments:

Post a Comment